Sertai Kami Dalam Perjalanan Baharu…
Kami ada berita menarik untuk anda! Kuntum akan menerokai alam digital dan kami tidak sabar untuk meneruskan pengembaraan baharu ini bersama anda semua.
Sementara kami bersiap sedia untuk memulakan langkah seterusnya dalam perjalanan kami, Majalah Kuntum akan menerbitkan edisi bercetak terakhir pada bulan September 2022.
Mulai 1 Oktober 2022, Majalah Kuntum tidak akan menerbitkan edisi baharu. Barangan edisi terhad serta edisi-edisi Majalah Kuntum terdahulu masih tersedia untuk pembelian secara dalam talian di newsstand.thestar.com.my sehingga hujung tahun 2022 atau sementara stok masih ada.